Sunday, 23 February 2014

Income


suddenly aku terpanggil nk share pasal isu income ni. almaklumlah aku kan kerja HR, so kerja aku hari - hari interview orang. 

2014 adalah tahun yg sangat kontroversi dari segi income. Dan orang mula memikirkan pasal income masing - masing. mana tidaknye harga barang naik, minyak naik, tol naik, bills naik pendek kata semua naik. so apa yg turun? hujan je la yg turun! hehe.

if nk cakap pasal BANKING industry, biasanya 20% - 30% max job seeker can request and what the F.I can offer, lebih dari tue kita akan mintak anda "nego" sikit.

OIL & GAS industry, maybe can be up to 40 % - 60% depends on your experience and qualification.
masalahnye sekarang, most of the company kat Malaysia ni tak nak hire new staff unless if ada yg resign.

permintaan pasaran dengan apa yg syarikat boleh tawarkan adalah bertentangan. Jadi kita kena berjimat dan yg paling penting keep on searching for a new job to get better pay.

stay kat same company, dorg tak kan naikkan gaji sampai 20% unless if korang kene promote naik pangkat.

so, my advise jangan la demand sangat gaji tu. be reasonable. nanti jangan heran if xde yg panggil interview okay! hehe.

Re - Org


korang pernah dengar "re - org" and tau apa maksudnye? huhu. aku mula - mula tu buat 'do-no" pasal isu ni but actually aku pun tak sangka yg isu ini boleh effect diri sendiri.

sebab, kita tak tau boss kita nk letak kita kat mana & buat apa later kn? di alkisahkan, boss aku ni plak bilik di depan work station aku, so aku dengar mcm2 gak la planning dia nk buat. hurmm... boss baru aku ni nampak ambitions sangat la...

okay, meeting pn dh buat last friday but dorg just announce new org charts for high level. anak - anak ikan mcm aku ni tak tau lagi status lps ni ddk mana and buat apa.

tunggu dan tunggu...

I'am Back!


hummm... dh bertahun jugak la aku x update blog ni... tapi sejak aku mula membaca satu blog site few weeks ago membuatkan aku nk mencoret2 balik plak.

okay, nak start my blog walking... peace yo!

Monday, 23 January 2012

Demand Gaji

hi korang apa kabar??? wah! macam la ada 'follower" blog aku ni kan...hehe...

ni dah ber "aku" plak. tak pe la janji selesa. macam ni, banyak gak la aku wat tele - interview dengan candidates2 yg mintak kerja dan hantar resume kat aku ni...yg best dan nak wat aku gelak (bukan nak perli laaa) adalah expected salary dorang yg too high siot! pening aku dan seram nak call pn ada, sebab deman gaji tu kalah orang dah kerja 5 thn - 10 tahun, masya Allah....

sebenarnya, kalau korang tue 'FRESH" graduate tak payah la demand sangat bab gaji nie. knp? sebab korang tu tak de experienced lagi dik oooiiiiii....!

DEGREE : RM1500 - RM2000 (ini adalah demand pasaran kerja, starting dapat gaji banyak nie je dik. serious abang cakap. mana2 company pun banyak nie je dorang boleh bagi. so korang jangan la demand sangat k.)

DIPLOMA: RM1000 - RM1400 (if korang ada diploma banyak nie je company2 kat luar sana tu ley offer untuk basic salary korang.)

tapi ada tapi nye...hehe...kalau korang jenis yg redha je and mmg niat nak blajar, cari pengalaman percaya la 6 bulan - 1thn lepas tu gaji korang confirm naik punya. sebabnya korang dh ada pengalaman kerja. kalau nak minta kerja kat tempat lain pun time nie lah boley demand gaji, "kasi up skit bos"! haha.

cuma masa mula2 nak mintak kerja tu jangan lah demand yg bukan2 ya. nanti korang selamanya tanam anggur yg x mendatangkan buah...janji korang try dulu, rezeki ada di mana2 dik. insyallah akan bertambah dari hari ke sehari (mcm ustad la plak) hehe...

Sunday, 1 January 2012

Tips Untuk Pergi Interview

hi korang, ada nak pergi interview dalam masa terdekat ni ke? good luck ok semoga dapat kerja tu tau. apa? tak prepare apa lagi!? hei, senang je tu, ikut tips saya ni;

1) Baca Company Profile- haa, korang b4 pergi interview tu apa kata google dulu company ni, amacam boley tak? then pergi kat bahagian "about us" or "company background" (jangan baca je k, pahamkan dan HAFAL, wajib tue!)

2)Resume & Sijil - korang kena stand by kan resume siap2, dan jangan lupa bawak sijil2 tu skali ya, (SPM onwards jek) tak payah nak bawa yang UPSR punya. hehe. dan jangan lupa p/copy sijil2 korang tu siap2 sbb nanti kena bagi kat interviewer tu tau

3) Dress Code - bagi yang perampuan tu pakailah apa saja, janji korang nampak anggun ala2 Rozita Che Wan gitue.. maksud saya, touch up muka tu skit, yg penting light2 je, xpayah nak over. for guys yang ganteng2 tue, pakai kameja siap ada tali leher lagi ok, mesti nampak macho! dan kasut tu ha, sila kilatkan ya, biar nampak muka korang tue. 

simple je kan tips saya? selamat mencuba ya...ops! lupa plak, jangan pakai jeans pergi interview ya, confirm x dapat kje tu nanti... :)